Sejahtera Kepada Anda Dengan Rahmat Allah
Dan Keberkatan-Nya
PROGRAM E-WASTE PERINGKAT NEGERI PERAK
(MASJID AR-RASHID)
Sukacitanya dimaklumkan bahawa Masjid Ar-Rashid, Taman Perpaduan Koperasi telah terpilih untuk menyertai Program e-Waste Peringkat Negeri Perak 2026. Penyertaan ini merupakan satu peluang yang baik untuk pihak masjid bersama-sama komuniti setempat meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pengurusan sisa elektrik dan elektronik (e-Waste) secara betul, selamat dan bertanggungjawab.
Melalui program ini, Masjid Ar-Rashid berhasrat menggalakkan warga kariah dan masyarakat setempat supaya lebih prihatin terhadap alam sekitar serta mengamalkan budaya mengumpul, mengasingkan dan menghantar barangan elektrik dan elektronik yang tidak lagi digunakan ke saluran pengurusan e-Waste yang sewajarnya.
Marilah kita bersama-sama menjadikan penyertaan ini sebagai satu usaha kecil yang memberi manfaat besar kepada alam sekitar, masyarakat dan generasi akan datang.


